Wednesday 7 December 2011

Kata bantu

Kata Bantu

Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan.
Contoh
Akan Belum Masih
Telah Sudah Harus
Boleh Dapat Hendak
Mesti

1. Bas dari selatan telah sampai.
2. Awak patut menyiapkan kerja sekolah ini dengan segara.
3. Adik Rahimah belum tahu berjalan.
4. Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
5. Encik Borhan hendak pergi berkelah bersama-sama keluarganya esok

Mestamu

Teknik Mestamu

Langkah Mengajar
a. Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik
b. Gunakan melodi lagu yang diminati / popular.
c. Gantikan seni kata / lirik lagu kepada sajak atau puisi yang dipelajari.
d. Murid akan mudah mengingati sajak / puisi

Genre:
a. Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan sebagainya.

Sumber:
DBP

Thursday 27 October 2011

Kompleks beli-belah

1) Pada hujung minggu, ramai orang berkunjung ke pusat membeli-belah.
2) Saya berasa sedih melihat sekumpulan pelajar bersantai di kompleks membeli-belah pada waktu persekolahan.

Huraian:

Frasa nama kompleks membeli-belah bermaksud "kompleks yang melakukan kerja membeli-belah", sedangkan maksud sebenarnya ialah "tempat tumpuan orang ramai untuk membeli-belah". Bentuk yang betul ialah kompleks beli-belah. Demikian juga dengan contoh-contoh seperti pusat cuci kereta (bukan pusat mencuci kereta), keadai gunting rambut (bukan kedai menggunting rambut) dan sebgaianya. Ayat di atas perlu dibetulkan seperti yang berikut :

1) Pada hujung minggi, ramai orang berkunjung ke pusat beli-belah.
2) Saya berasa sedih melihat sekumpulan pelajar bersantai di kompleks beli-belah pada waktu persekolahan.

Pilihanraya atau Pilihan raya

1) Pilihanraya umum negara jiran kita baru sahaja selesai dilangsungkan.
2) Bandaraya itu sangat pesat membangun.

Huraian:

Kedua-dua ayat di atas salah dari segi hukum kata majmuk yang telah ditetapkan. Dalam kata majmuk, kata raya mesti dipisahkan daripada unsur pertama kecuali kata nama khas yang telah diwartakan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Oleh itu, ayat-ayat di atas perlu dibetulkan seperti yang berikut:

1) Pilihan raya umum negara jiran kita baru sahaja selesai dilangsungkan.
2) Bandar raya itu sangat pesat membangun.